LIZA Abdullah
LIZA Abdullah
Syafil Syazwan Jefri


Kuala Lumpur: "Selepas 40 tahun, baru orang nampak,".

Demikian kata Pelakon Antagonis Terbaik Anugerah Drama Sangat 2021 (ADS2021), Liza Abdullah saat diumumkan sebagai pemenang kategori itu.

Liza ketika ditemubual berkata, dia meluahkan rasa syukur atas kemenangan itu dan berterima kasih kepada juri yang memilihnya sebagai pemenang.

"Saya percaya, pemilihan juri melihat pelbagai aspek dan terima kasih kepada juri kerana percaya bakat saya. Terima kasih juga kepada penyokong saya," katanya.

Ditanya mengenai pesaing terdekatnya dalam kategori sama, Liza berkata, dia melihat pelakon, Mimi Lana sebagai pesaing.

"Apabila saya dicalonkan dalam kategori ini, saya melihat pelakon lain yang tercalon dan ada beberapa drama yang sempat saya tonton.

"Lakonan Mimi Lana antara lakonan antagonis yang benar-benar meninggalkan kesan. Tapi, malam ini, rezeki berpihak kepada saya dan saya yakin semua calon lain juga sudah melakukan yang terbaik," katanya.

Selain Liza dan Mimi, kategori itu turut mempertandingkan barisan pelakon hebat antaranya Datin Fadilah Mansor, Didie Alias dan Ruhainies.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 10:51 PM