HISHAMMUDDIN (dua kiri) diiringi Adun Kahang, R Vidyananthan (kiri) menyampaikan geran tanah kepada peneroka. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
HISHAMMUDDIN (dua kiri) diiringi Adun Kahang, R Vidyananthan (kiri) menyampaikan geran tanah kepada peneroka. FOTO Zulkarnain Ahmad Tajuddin
Mohamad Fahd Rahmat


Kluang: Malaysia, Filipina dan Indonesia bersetuju untuk mengadakan kerjasama bilateral termasuk menentang habis-habisan ancaman dari kumpulan militan Daish.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishamuddin Hussein berkata, fahaman militan berkenaan dikesan sudah menyusup di selatan Filipina, apabila militan Abu Sayyaf berbaiah menyokong Daish.

"Apabila mereka gagal di Syria dan Iraq, (mereka) terpaksa mencari kawasan perlindungan lain atau wilayah Islamiah di tempat lain, tiada sebab kita terkecuali daripada mereka.

"Sebab itu, Malaysia bersama ATM (Angkatan Tentera Malaysia) secara bilateral dengan Filipina dan Indonesia di bawah perancangan untuk melihatnya bersama kerana tiada satu pun negara sendiri dapat menghalang Daish," katanya.

Beliau berkata demikian selepas Majlis Penyerahan Geran Tanah kepada 84 peneroka di Felda Ulu Penggeli, di sini hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 January 2017 @ 1:53 PM