Abdul Samah (tengah) menyaksikan penyerahan tugas antara Datuk Abdul Razak Elias (kiri) dan Pengarah Jabatan Pengurusan IPK Selangor yang baharu SAC Che Man Md Dros.
Abdul Samah (tengah) menyaksikan penyerahan tugas antara Datuk Abdul Razak Elias (kiri) dan Pengarah Jabatan Pengurusan IPK Selangor yang baharu SAC Che Man Md Dros.
Iskandar Shah Mohamed


Shah Alam: Polis sedang mengesan juru letup haram dan tiga pembantunya bagi membantu siasatan kes letupan bunga api yang mencederakan orang awam pada Fiesta Gegar Klang 2016 di Kompleks Sukan Pandamaran Klang, baru-baru ini.

Ketua Polis Selangor Datuk Abdul Samah Mat berkata, pihaknya sudah mengenal pasti identiti empat lelaki tempatan berusia lingkungan 30 dan 40-an itu.

"Siasatan awal mendapati semua mereka tidak mempunyai lesen sah atau bertauliah untuk pertunjukan letupan bunga api ketika program bersempena ambang tahun baru berkenaan.

"Justeru, kita memberi tempoh kepada mereka sehingga esok supaya segera tampil bagi membantu siasatan," katanya pada sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Pengurusan Selangor di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) negeri di sini, hari ini.

Menurut beliau, polis sudah merekodkan keterangan 21 individu termasuk pihak Majlis Perbandaran Klang (MPK) dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 4 January 2017 @ 12:47 PM