Kong Soon (dua dari kanan) menunjukkan antara mercun dan bunga api yang dirampas. FOTO Mohd Nazrulaswad
Kong Soon (dua dari kanan) menunjukkan antara mercun dan bunga api yang dirampas. FOTO Mohd Nazrulaswad
Oleh Wan Asrudi Wan Hasan

Kampar : Polis menahan lelaki berusia 45 tahun disyaki memiliki dan menjual 22 jenis mercun serta bunga api dianggarkan bernilai lebih RM10,000 di rumah kedai di Kampung Baru Jeram, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintendan Ng Kong Soon berkata, pihaknya yang bertindak berikutan aduan awam melakukan siasatan dan mengesan kegiatan yang dijalankan suspek.

“Serbuan dijalankan pada 8 malam di rumah kedai berkenaan menemui pelbagai jenis mercun dan bunga api.

“Suspek direman sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Menurutnya, suspek direman sehingga Jumaat dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan letupan 1957.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Februari 2016 @ 2:39 PM