Larsen dikenali penyerang prolifik. FOTO IHSAN KFA
Larsen dikenali penyerang prolifik. FOTO IHSAN KFA
Izzali Ismail


Alor Setar: Pemain kelahiran Denmark Ken Ilso Larsen, 30 kini sah menyarung jersi pasukan Kedah selepas beliau menandatangani kontrak setahun bersama Persatuan Bolasepak Kedah (KFA) bagi Liga Malaysia musim 2017.

Media KFA melalui laman sosial Facebook (FB) pada hari ini membuat pengumuman rasmi memaklumkan mengenai pengesahan pemain ini yang akan mengisi posisi penyerang skuad Helang Merah untuk musim 2017.

Beliau yang sudah dikenali sebagai penyerang prolifik sebelum ini bakal bergandingan dengan dua lagi import Kedah iaitu Liridon Krasniqi dari Kosovo dan Sandro Da Silva dari Brazil yang sudah mengesahkan tempat di posisi tengah bagi mengukuhkan jentera serangan skuad Helang Merah untuk musim ini.

Rekod dan pencapaian yang pengalaman beraksi di Liga Denmark, Belanda, Jerman, China dan Singapura ini berjaya menambat hati ketua jurulatih Kedah Tan Cheng Hoe bagi mengisi posisi penyerangyang selama inidicari pasukan Kedah untuk musim 2017.

Ken Ilso yang hadir ke Alor Setar dan sudah dilihat mengadakan latihan bersama pasukan Kedah sejak 27 Disember lalu, juga memaklumkan melalui laman FB beliau betapa beliau berharap mampu menghasilkan gol dalam membantu Kedah mencapai kemenangan seperti sasaran yang disasarkan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 January 2017 @ 8:23 PM