NORAZRINA bersama koleksi selendang Dena di butiknya di Seksyen 7, Shah Alam Selangor.
NORAZRINA bersama koleksi selendang Dena di butiknya di Seksyen 7, Shah Alam Selangor.
PELBAGAI pilihan warna membuatkan koleksi ini digemari ramai.
PELBAGAI pilihan warna membuatkan koleksi ini digemari ramai.
Oleh Siti Nadirah Hafidzin

Didatangkan dengan lebih 20 warna pilihan, selendang Dena, koleksi daripada Rina Salleh Clothing antara pilihan menarik buat Muslimah.

Pemiliknya, Norazrina Mohd Salleh, 29, menyifatkan selendang koleksinya itu yang diperbuat daripada fabrik satin lembut amat selesa ketika dipakai selain mudah digayakan dengan pelbagai fesyen terkini.

Menurutnya, selendang itu mudah dililit kerana saiznya yang tidak terlalu pendek, juga tidak terlalu labuh selain menjadikan bentuk wajah si pemakai kelihatan terbentuk dan manis dipandang.

"Selain amat selesa ketika dipakai, koleksi selendang ini juga dijual dengan harga yang amat berpatutan iaitu RM45 sehelai.

"Kepelbagaian pilihan warna ini juga membolehkan pelanggan menyesuaikannya bersama baju yang dipakai sebelum digayakan ke majlis jemputan atau hanya sekadar ke pejabat dan bersantai," katanya.

Norazrina akui, selendang keluarannya itu juga amat kemas ketika dipakai dan kelihatan beralun sekiranya si pemakai bijak menggayakannya mengikut pelbagai fesyen pilihan.

"Bagi saya apa yang paling utama ialah keselesaan ketika ia dipakai, selain saiznya yang bersesuaian dan mampu menutup aurat Muslimah.

"Selendang Dena ini ringkas dan kosong, namun ia amat sesuai untuk digayakan bersama jubah, baju kurung mahupun kemeja," ujarnya.

Sekiranya si pemakai bijak menggayakannya dengan lilitan terkini, penampilan pasti nampak lebih anggun dan menawan.

"Seperti yang kita ketahui, kini terdapat pelbagai fesyen lilitan selendang yang mampu menyerlahkan penampilan Muslimah yang gemar berfesyen. Selendang Dena ini antara selendang yang mudah digayakan," katanya.

Koleksinya boleh didapati di dua cawangan butik di Seksyen 7, Shah Alam, Selangor dan Bandar Baru Uda, Johor Bahru. Pelanggan juga boleh melayari Instagram rinasallehclothing untuk mendapatkan koleksi itu secara dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 Disember 2014 @ 8:54 PM