TAK perlu kerongsang atau pin kecil untuk dapatkan stail terkini.
TAK perlu kerongsang atau pin kecil untuk dapatkan stail terkini.
Siti Nadirah Hafidzin


Berusaha membantu wanita yang ingin tampil menawan dalam tempoh singkat, jenama fesyen tempatan Eyza Estrada menghasilkan selendang separa segera yang bukan saja cantik, malah menepati setiap kemahuan Muslimah dalam berfesyen.

Koleksi selendang Alaine yang dihasilkan menggunakan fabrik berkualiti sifon kristal khusus bagi menyelesaikan masalah wanita ketika menggayakan selendang.

Tidak lagi memerlukan kerongsang atau pin kecil untuk mendapatkan gaya terkini, selendang ini mampu membantu wanita mendapatkan gaya lilitan selendang terkini dengan pantas.

Menurut pengasas Eyza Estrada Siti Nur Faezah Othman, selendang Alaine yang mula dipasarkan sejak Oktober lalu dihasilkan dengan jahitan kemas dan mempunyai getah yang boleh dipakai di bahagian depan atau belakang leher.

“Proses pemakaian selendang ini amat mudah dan hanya mengambil masa singkat selain ia boleh digayakan dengan pelbagai gaya serta lilitan disukai.

“Selain memudahkan, selendang ini turut dijahit dengan hiasan bagi memberikan gaya lebih comel pada si pemakai,” katanya.

Siti Nur Faezah berkata, pihaknya menyasarkan wanita pada golongan usia 18 hingga 40 tahun, namun jika bijak bergaya, sesiapa saja boleh memakai selendang separa segera ini.

“Kami menawarkan pilihan warna pastel bagi memberikan gaya manis sekali gus mudah disuai padan dengan busana yang ingin digayakan,” katanya.

Pada harga RM39 sehelai, penggaya selendang kini boleh bersiap dengan lebih cepat dan tidak perlu memikirkan padanan kerongsang untuk menyerlahkan penampilan.

Maklumat lanjut mengenai koleksi selendang Alaine ini boleh didapati dengan melayari laman Facebook Shawl Terkini by Eyza Estrada dan di Instagram @EyzaEstrada.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Februari 2017 @ 5:03 AM