Serena dan Alexis mengikat tali pertunangan. Serena sewaktu tiba di Auckland (New Zealand) untuk menyertai satu pertandingan. FOTO AGENSI
Serena dan Alexis mengikat tali pertunangan. Serena sewaktu tiba di Auckland (New Zealand) untuk menyertai satu pertandingan. FOTO AGENSI
AGENSI/DAILY MAIL

New York: Pemain tenis nombor dua wanita dunia Serena Williams bakal mengahwini Alexis Ohanian iaitu pengasas bersama syarikat media sosial, Reddit.

"Dia berlutut sebelah kaki. Dia menyebut empat perkataan. Dan saya menerimanya," kata pemain tenis Amerika Syarikat berusia 35 tahun itu memberitahu dalam laman sosial selepas mengikat tali pertunangan, semalam.

Williams, 35, berkongsi berita dengan mengarang puisi kepada Reddit mendedahkan Ohanian melamar untuk berkahwin dengannya sewaktu ke Rome.

Ohanian membalas:” Awak membuat saya orang paling gembira di dunia”.

Ohanian, 33 yang dilahirkan di New York mengesahkan berita itu di laman Facebook: "Dia kata ya".

Serena adalah pemain terbaik generasinya.

Dia memenangi 22 gelaran grand slam perseorangan dan sama dengan apa pernah dicapai oleh pemain Jerman Steffi Graf dengan hanya ketinggalan di belakang pemain Australia Margaret Court (24).

Puisinya berbunyi:

"I came home/A little late/Someone had a bag packed for me/And a carriage awaited/Destination: Rome/To escort me to my very own "charming"/Back to where our stars first collided/And now it was full circle/At the same table we first met by chance/This time he made it not by chance/But by choice/Down on one knee/He said 4 words/And I said yes."

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 30 Disember 2016 @ 4:26 PM