SERENA (kiri) hadir bersama suaminya, Ohanian di Met Gala. FOTO AFP
SERENA (kiri) hadir bersama suaminya, Ohanian di Met Gala. FOTO AFP
Reuters

New York: Serena Williams mengesahkan akan menimang cahaya mata kedua apabila memberitahu wartawan ketika acara Met Gala di di New York bahawa dia hadir 'bertiga' bersama-sama suaminya, Alexis Ohanian.

Pemenang 23 kali gelaran utama itu pada tahun lalu mengumumkan bahawa dia 'mahu menjauhkan diri dari tenis' dalam artikel majalah Vogue kerana ingin menambah keluarganya selepas kelahiran anak perempuan, Olympia pada 2017.

Williams, rakan lama Anna Wintour iaitu Ketua Pengarang Vogue dan pengerusi bersama Met Gala, sering menghadiri acara tahunan untuk Institut Kostum Muzium Seni Metropolitan itu dengan mengenakan pakaian gaun hitam bersama skirt putih.

"Kami sangat gembira apabila Anna Wintour menjemput kami bertiga ke Met Gala," tulis Serena di Instagram miliknya.

Tema gala tahun ini ialah "Karl Lagerfeld: A Line of Beauty," sebagai penghormatan kepada pereka terkenal mendiang Chanel.

Rakaman dari acara karpet merah menunjukkan Ohanian, seorang usahawan dan pengasas bersama Reddit, perlahan-lahan meletakkan tangannya pada bahagian perut Williams yang berusia 41 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 Mei 2023 @ 9:16 AM