IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Mohamad Fahd Rahmat


Johor Bahru: Wanita 30-an cedera selepas kereta dinaiki kemalangan dengan empat kenderaan lain di KM36.5 lebuh raya PLUS, dekat Sedenak, tengah hari ini.

Pegawai Operasi Mohd Khairil Azmi, berkata pihaknya menerima panggilan awam pada 12.46 tengah hari.

Katanya, sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Kulai bersama enam anggota bergegas ke tempat kejadian.

"Jentera sampai ke lokasi pada 1.12 petang. Kami kemudian mendapati kemalangan membabitkan lima kenderaan.

“Kira kira 15 mangsa, termasuk pemandu dan penumpang dipercayai terbabit dalam kemalangan itu.

“Bomba juga menggunakan tanah untuk menyerap minyak yang tumpah di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 10 Disember 2016 @ 3:18 PM