PEMAIN kedua-dua pasukan bergambar kenangan selepas tamat perlawanan.
PEMAIN kedua-dua pasukan bergambar kenangan selepas tamat perlawanan.

Alor Setar: Old Edwardian 86 (OE86) yang terdiri daripada bekas pelajar Sekolah Menengah King Edward VII berjaya membuktikan ketajaman mereka dengan menewaskan Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) di Stadium Darul Aman 2-0 pada aksi bola sepak persahabatan baru-baru ini.

Perlawanan persahabatan diatur OE86 sebagai meraikan kejayaan Kedah yang menjuarai Piala Malaysia tahun ini.

Pengurus OE86, Mohd Yusof Caroshau berkata, OE86 akan mengadakan perlawanan persahabatan setiap bulan dan kali ini mereka mengadakan perlawanan di Kedah sebagai memberi penghargaan kepada penolong jurulatih Kedah Nidzam Adzha Yusoff, yang juga belas pelajar SMK King Edward VII, yang berjaya bersama pasukan Kedah menjuarai Piala Malaysia pada 30 Oktober lalu.

“Kami ingin mengucapkan syabas dan tahniah kepada Nidzam yang juga rakan sekelas kami dahulu pada 1986 atas kejayaan beliau bersama pasukan Kedah merangkul Piala Malaysia dan juga tahniah kepada seluruh warga Kedah atas kejayaan ini.

“Peluang mengadakan perlawanan persahabatan bersama rakan sekelas yang lain juga dapat mengeratkan bukan saja antara kami tapi perhubungan kekeluargaan apabila kami juga membawa keluarga bersama pada musim cuti sebegini,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Disember 2016 @ 8:29 AM