Sebahagian daripada pelatih di A Team Martial Art.
Sebahagian daripada pelatih di A Team Martial Art.

Kuala Lumpur: Empat atlet terbaik dari A Team Martial Art akan diuji di pentas tertinggi di negara ini apabila beraksi dalam Sukan Malaysia (Sukma) yang akan berlangsung pertengahan Ogos ini.

Menerusi kenyataan kelab terbabit memaklumkan bahawa atlet dibawah naungan mereka mempamerkan prestasi terbaik sekali gus dipilih untuk berentap di temasya dwi tahunan itu.

"Latihan dan penyertaan pada kejohanan sebelum ini membuktikan mereka komited untuk menggeggarkan temasya Sukma.

" Pada masa sama, empat atlet berkenaan juga berazam untuk membawa pingat untuk negeri masing-masing," katanya.

Antara atlet yang terpilih untuk beraksi di Sukma adalah membabitkan Nurul Aesyah Aqilah Mohd Sukeri (Selangor), Putri Nurrafqistina Damia Md Roshidi(Perlis), uhammad Rafiqqie Danish Md Roshidi (Perlis) dan Ahmad Muhaimin M Al Hafiidz (Negeri Sembilan).

Oleh itu, empat atlet berkenaan menjalani latihan intensif dalam usaha untuk memantapkan lagi skil dalam usaha memperoleh keputusan positif kelak.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 4:18 AM