Azizan (tengah) bersama Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa (kiri) dan Zulhusni mengadakan perbincangan selepas majlis menandatangani nota kerjasama di antara AADK dengan KFA di Wisma Darul Aman. FOTO Amran Hamid
Azizan (tengah) bersama Pengarah AADK Kedah, Mohammad Nazer Mustafa (kiri) dan Zulhusni mengadakan perbincangan selepas majlis menandatangani nota kerjasama di antara AADK dengan KFA di Wisma Darul Aman. FOTO Amran Hamid
Muhaamad Hafis Nawawi

Alor Setar: Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) menandatangani nota kerjasama dengan Persatuan Bola sepak Kedah (KFA) dan Perbadanan Stadium Negeri Kedah (PSNK) untuk melaksanakan kempen antidadah.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) AADK Azizan Ariffin berkata, kerjasama ini diadakan untuk menyampaikan mesej antidadah kepada orang ramai yang berada di stadium ketika menyaksikan perlawanan itu.

Menurutnya, melalui kerjasama ini KFA dan PSNK bersetuju untuk melaksanakan kempen dan program anti dadah secara kerjasama untuk menyebarkan kesan dan bahaya penyalahgunaan dadah kepada masyarakat terutama peminat bola sepak.

“€œAntara yang akan diiklan di stadium itu nanti seperti mempamerkan mesej dan visual berkaitan serta bahaya penyalahgunaan dadah di sekitar stadium dalam bentuk lagu antidadah dan kain rentang.

“€œMalah visual juga akan dipamerkan di papan skor sebelum perlawanan dan ketika waktu rehat untuk memberi kesedaran kepada orang ramai”€ katanya kepada pemberta selepas menandatangani nota kerjasama itu dengan Presiden KFA Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah dan wakil PSNK Zulhusni Mohamad Rashid di Pejabat Menteri Besar, Wisma Darulaman, di sini, hari ini.

Azizan berkata, Kedah adalah negeri kedua menjalinkan kerjasama ini selepas Kelantan yang turut bersetuju menjalinkan kerjasama dan menandatangani nota kerjasama itu dengan Persatuan Bola sepak Kelantan (KAFA) pada 8 April lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 15 Mei 2016 @ 12:53 PM