Patrice Evra
Patrice Evra
AFP

Nanterre(Perancis):Bekas kapten Perancis Patrice Evra, didapati bersalah kerana meninggalkan keluarganya oleh mahkamah Perancis, kata peguamnya.

Evra, seorang pertahanan yang mempunyai 81 kaps bersama Perancis dan beraksi untuk Manchester United dan Juventus, membuat rayuan terhadap keputusan yang dikeluarkan oleh mahkamah di Nanterre di pinggir Paris, kata peguamnya, Jerome Boursican.

"Fakta-fakta yang boleh dipertikaikan," kata Boursican.

Nathalie Dubois, peguam untuk isteri Evra, berkata bekas pemain itu dikenakan hukuman penjara 12 bulan yang ditangguhkan dan diperintahkan untuk membayar ganti rugi sebanyak EUR4,000 (RM20,000) kerana meninggalkan keluarganya antara Mei 2021 dan September 2023.

Isteri Evra menyaman beliau dengan mengatakan bekas pemain itu tidak membayar nafkah sejak 2020, jelas Dubois.

Beliau berkata Evra, 43, berhutang tunggakan sebanyak 969,000 euro (RM4.9 juta).Pasangan itu juga sedang melalui proses perceraian.

"Saya gembira bahawa pengabaian keluarga yang dialami oleh isteri dan dua anak Patrice Evra dihukum dengan sewajarnya atas kezaliman yang beliau lakukan dan pembohongan yang dilakukan kepada mahkamah selama empat tahun terakhir tidak berjaya menipu hakim," kata Dubois.

"Evra mengenali isterinya sejak beliau berusia 15 tahun tetapi pada 2020 tinggal bersama seorang model Denmark yang beliau temui di England, meninggalkan keluarganya "semalaman," kata Dubois.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 Julai 2024 @ 12:27 AM