KIM Swee (kanan) perlu diberi masa untuk kembalikan semangat skuad negara. FOTO Osman Adnan
KIM Swee (kanan) perlu diberi masa untuk kembalikan semangat skuad negara. FOTO Osman Adnan
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: “Tidak adil jika kita letakkan kesalahan sepenuhnya di atas bahu jurulatih negara (Datuk Ong Kim Swee),” kata bekas pemain kebangsaan Khalid Ali yang kecewa di atas sikap segelintir pemerhati dan penyokong bola sepak tempatan yang menuding jari ke arah pengendali Harimau Malaysia selepas gagal pada kempen Piala AFF 2016 baru-baru ini.

Khalid yang pernah mencipta keghairahan kepada penyokong susulan kejayaan membantu Malaysia layak ke Sukan Olimpik Moscow pada 1980, berpendapat aksi hambar yang diperagakan pemain kebangsaan berpunca daripada pelbagai gangguan yang dihadapi Kim Swee sepanjang persiapan pasukan.

Malah, katanya ketiadaan beberapa tonggak utama yang mengumumkan persaraan juga antara punca mengapa skuad kendalian Kim Swee tampil longlai pada pentas AFF itu.

“Saya tak boleh terima apabila ramai pihak hanya menuding jari kepada jurulatih selepas pasukan gagal mara ke separuh akhir. Padahal, kita semua sedar kualiti yang ada pada Kim Swee di mana rekod beliau sebelum ini cukup baik dan cemerlang.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 3 Disember 2016 @ 6:16 AM