PENYOKONG Malaysia kecewa selepas Harimau Malaysia gagal mara separuh akhir. FOTO Osman Adnan
PENYOKONG Malaysia kecewa selepas Harimau Malaysia gagal mara separuh akhir. FOTO Osman Adnan
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Ultras Malaya menuntut perubahan drastik Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang mencakupi soal sistem dan tadbir urus bola sepak negara susulan kegagalan terbaru skuad Harimau Malaysia pada Piala AFF minggu lalu.

Wakil penyokong tegar skuad negara itu Alfadli Awaludin berkata, kegagalan pasukan negara menyerlah bukan disebabkan percaturan yang salah oleh Datuk Ong Kim Swee semata-mata tetapi ia turut berpunca daripada kesilapan sistem FAM sendiri.

Meskipun ramai yang menuding jari kepada Kim Swee berikutan prestasi hambar itu, namun dia beranggapan sekiranya pengendali dari Melaka itu digantikan belum tentu nasib pasukan Malaysia juga turut berubah.

Jelasnya, selagi sistem dalaman badan induk itu tidak berubah, skrip sama tetap akan berulang walaupun jurulatih terbaik dunia dibawa masuk FAM.

“Setiap kali apabila Harimau Malaysia gagal pasti jurulatih menjadi mangsa. Itulah putaran yang sering berlaku apabila adanya kegagalan diraih pasukan biarpun masalah ini sudah berlaku sejak 30 tahun lalu.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 1 Disember 2016 @ 8:05 AM