Hamilton turut berdepan penggantungan. FOTO AGENSI
Hamilton turut berdepan penggantungan. FOTO AGENSI
Daily Mail

Abu Dhabi: Lewis Hamilton berdepan risiko kontrak bernilai £30j (RM167juta) bersama Mercedes ditarik balik selepas beberapa kali melanggar arahan pasukan pada Grand Prix Abu Dhabi penuh kontroversi.

Pemandu Britain itu hilang takhta juara dunia kepada Nico Rosberg dan dituduh ketua pasukan Toto Wolff mencetuskan 'anarki' dan bersikap degil berada dalam kokpit.

Hamilton memperlahankan kenderaan sewaktu mendahului dengan harapan Rosberg yang berada di tempat kedua menerima tekanan daripada pemandu lain di belakang dalam usaha merapatkan jurang 12 mata kepada pemandu Jerman itu dalam kejuaraan dunia.

Taktik itu tidak menjadi kerana Hamilton tetap kurang lima mata di belakang Rosberg dan kini berdepan tindakan daripada Wolff.

Wolff berkata: “Anarki tidak akan berjaya dalam mana mana pasukan dan syarikat.'

Ditanya Hamilton berkemungkinan digantung, Wolff berkata: 'Segala galanya ada kemungkinan.”

Taktik Hamilton turut menimbulkan kemarahan pemandu Ferrari, Sebastian Vettel yang mengatakan: “Ia penuh muslihat pada penghujung kerana Lewis menggunakan taktik kotor.”

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 3:36 PM