MOHD Nizam menyampaikan ceramah kesedaran keselamatan ICT di Masjid Saidina Ali, semalam.
MOHD Nizam menyampaikan ceramah kesedaran keselamatan ICT di Masjid Saidina Ali, semalam.

Rawang: Tanpa disedari dalam era letusan maklumat tanpa sempadan di Internet ketika ini masyarakat berhadapan kecurian maklumat peribadi hanya kerana mengambil mudah berkenaan pentingnya menggunakan kata laluan yang selamat daripada dicerobohi.

Kata laluan sering digunakan untuk mengakses e-mel, melayari laman sosial seperti Facebook (FB), Twitter, Instagram selain berurusan menerusi perbankan Internet.

Pakar Perunding Keselamatan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) Mohd Nizam Mohd Salleh berkata, kata laluan yang selamat hanya boleh dicerobohi dalam tempoh 40 tahun berbanding kata laluan tidak selamat sekitar bawah 10 minit untuk dipecahkan penceroboh.

“Perkara penting seseorang untuk melindungi identiti dan maklumat peribadi ialah penggunaan kata laluan yang kukuh.

“Sesuatu kata laluan kukuh bukan saja sukar diteka penjenayah siber, malah dapat bertahan daripada digodam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 28 November 2016 @ 9:00 AM