DR Zulkifeli memeriksa Perbarisan Penghargaan PAT di PUSASDA, semalam.
DR Zulkifeli memeriksa Perbarisan Penghargaan PAT di PUSASDA, semalam.
Mohd Khidir Zakaria


Port Dickson: “Op Daulat di Lahad Datu, Sabah, kekal menjadi memori paling sukar dilupakan kerana kedaulatan negara dicerobohi.

“Bagi saya, ia kenangan paling berguna sepanjang memegang jawatan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM),” kata Panglima Angkatan Tentera (PAT), Jeneral Tan Sri Dr Zulkifeli Mohd Zin yang bersara wajib, 16 Disember depan.

Dr Zulkifeli berkata, sepanjang 44 tahun berkhidmat, beliau sudah banyak melalui pengalaman termasuk peristiwa paling mencabar di Lahad Datu.

“Sebagai PAT, saya merasakan ini satu cabaran getir apabila daerah itu ditawan musuh beberapa hari. Bagi saya kejadian ini meninggalkan kesan mendalam dan secara tidak langsung menjadikan kita lebih bersedia jika menghadapi keadaan seperti itu.

“Kedaulatan negara dicabar dan kita (Angkatan Tentera Malaysia) berjaya menghadapinya. Ia pengajaran yang amat berguna pada masa akan datang dan saya yakin kita mampu mengatasi sebarang kemungkinan,” katanya ketika menghadiri Perbarisan Penghargaan PAT di Padang Kawad Pusat Latihan Tentera Darat (PUSASDA), semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 18 November 2016 @ 9:07 AM