TAKTIK phishing semakin popular dalam kalangan penggodam dan mensasarkan pengguna yang alpa untuk memecah masuk akaun sosial mereka.
TAKTIK phishing semakin popular dalam kalangan penggodam dan mensasarkan pengguna yang alpa untuk memecah masuk akaun sosial mereka.
Muhammad Saufi Hassan


PENGGUNA hari ini sememangnya sangat terkait dengan dunia laman sosial, malah ia sudah menjadi 'sebahagian' daripada kehidupan pengguna.

Antara platform sosial yang paling popular khususnya dalam kalangan belia dan remaja adalah Twitter.

Ini kerana konsep platform berkenaan adalah ringkas serta mudah dan tidak membenarkan setiap ciapan melebihi jumlah perkataan yang ditetapkan.

Namun, platform Twitter ini sering menjadi sasaran penggodam untuk memecah masuk akaun pengguna, sekali gus perkara itu menimbulkan 1,001 keresahan.

Kaedah paling dominan digunakan adalah 'phishing' atau pancingan data.

Penipuan dalam talian semakin meningkat dan ia tidak terhad kepada satu-satu platform, lokasi atau taktik, malah 'hackers' atau sindiket penipuan ini semakin licik dengan modus operandi yang pelbagai.

Sehubungan itu, pengendali platform berkenaan secara berterusan mempertingkatkan tahap keselamatan termasuk memberi mesej peringatan kepada pengguna.

Twitter kerap mengeluarkan panduan untuk mengelakkan penipuan dalam talian melalui 'Tweet Threads' daripada akaun rasmi Twitter, artikel dalam hab bantuan dan di blog.

Bahagian yang kritikal ialah peraturan Twitter. Kelakuan seperti menyamar sebagai individu, kumpulan atau organisasi untuk tujuan mengelirukan, memperdaya orang lain atau menggunakan identiti palsu untuk mengganggu pengalaman orang lain di Twitter adalah bertentangan dengan peraturan.

Twitter juga secara aktif menyingkirkan akaun spam dan mengunci akaun spam yang disyaki tidak dapat melepasi pengesahan manusia seperti 'captcha' atau mengesahkan nombor telefon atau alamat e-mel.

Demi terus berkhidmat kepada perbualan umum, Twitter percaya betapa pentingnya untuk orang ramai dapat melihat perspektif yang berbeza.

Untuk itu, pengguna boleh mengambil enam pendekatan ini untuk memastikan akaun sentiasa dalam keadaan selamat, terjaga dan mengurangkan risiko daripada digodam.

Cipta kata laluan akaun yang kukuh

Melindungi akses kepada akaun Twitter adalah penting. Cara mudah untuk melakukan ini adalah dengan memilih kata laluan yang kukuh dan unik untuk akaun Twitter anda (sekurang-kurangnya 10 aksara, sebaiknya dijana secara rawak dan disimpan dalam pengurus kata laluan)

TREND pengguna hari ini yang banyak terdedah dengan media sosial menjadikan mereka sasaran mudah untuk memperoleh data sensitif yang dikongsi di platform berkenaan.
TREND pengguna hari ini yang banyak terdedah dengan media sosial menjadikan mereka sasaran mudah untuk memperoleh data sensitif yang dikongsi di platform berkenaan.

Simpan dan jaga butiran akses peribadi sebaik mungkin

Jangan sesekali berkongsi nombor telefon, e-mel, @namapengguna, kata laluan atau kod laluan-sekali (OTP) anda dengan sesiapa sahaja.

Tetapi, jika ada sebab untuk mempercayai akaun mungkin terjejas, tukar kata laluan anda dengan segera.

Aktifkan pengesahan dua faktor (2FA)

Pengesahan dua faktor adalah lapisan keselamatan tambahan. Proses ini memerlukan orang ramai menggunakan kod atau kunci keselamatan dengan kata laluan untuk log masuk dan membantu memastikan hanya pemilik akaun sahaja yang boleh mengakses akaun.

Menggunakan kunci keselamatan ialah cara paling teguh untuk melindungi akaun daripada penipu dan serangan pancingan data.

PENGGUNA perlu lebih peka dalam ruang siber untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa data phishing atau pancingan data ini.
PENGGUNA perlu lebih peka dalam ruang siber untuk mengelakkan daripada menjadi mangsa data phishing atau pancingan data ini.

Kawal selia DM anda dengan teliti

Jika anda menerima DM yang mencurigakan, jangan muat turun sebarang lampiran atau klik pada mana-mana pautan dan jangan kongsi sebarang maklumat log masuk, buang DM berkenaan dengan segera.

Kemudian, semak tetapan DM akaun anda, kemaskini butiran untuk menentukan siapa yang boleh DM anda.

Laporkan ke Twitter

Sama ada anda fikir akaun anda terjejas atau anda menerima DM spam, laporkan kepada Twitter.

Ikuti perkembangan terkini

Pastikan aplikasi Twitter, perisian komputer dan penyemak imbas pengguna dikemas kini dengan versi terkini.

Kemas kini dibuat atas sebab tertentu iaitu melindungi keselamatan anda dalam talian.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 18 Oktober 2022 @ 7:00 AM