PEMAIN negara sugul selepas Htan (kiri) jaring gol kemenangan Vietnam.
PEMAIN negara sugul selepas Htan (kiri) jaring gol kemenangan Vietnam.

Datuk Ong Kim Swee tidak tertekan dengan kedudukannya selaku jurulatih Harimau Malaysia meskipun mengakui kegagalannya mencapai sasaran mara ke final Piala AFF 2016 selepas gagal melepasi peringkat Kumpulan B di Yangon, Myanmar semalam.

Jurulatih berusia 45 tahun itu dilantik menggantikan Dollah Salleh pada Januari lalu dengan kontrak dua tahun dan mahu terus fokus membina semula pasukan selepas pelbagai masalah menghimpit sebelum kejohanan.

“Ini satu kegagalan buat saya. FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) melantik saya untuk bawa pasukan ke final jadi saya kena fikirkan kegagalan ini. Banyak perkara saya perlu lihat semula dan tekanan memang sudah menjadi kebiasaan dalam tugas ini.

“Saya ada lagi dua KPI (layak ke Piala Asia 2019 dan membawa pasukan ke ranking 140 terbaik dunia).

“Banyak perkara berlaku sebelum Piala AFF jadi saya perlu melihat semua itu untuk membina semula pasukan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan semalam.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 27 November 2016 @ 7:56 AM