PEMAIN kebangsaan wajib menang untuk padam luka tewas kepada Indonesia.
PEMAIN kebangsaan wajib menang untuk padam luka tewas kepada Indonesia.
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Pengendali Harimau Malaysia Datuk Ong Kim Swee mengaku kemenangan ke atas musuh tradisi Singapura dalam aksi persahabatan antarabangsa hari ini cukup penting untuk mendapatkan momentum sebelum mengharungi Piala AFF di Yangon, Myanmar bulan depan.

Selepas dimalukan dengan kekalahan 0-3 kepada Indonesia di Solo pada perlawanan persahabatan bulan lalu, Kim Swee pasti tidak rela anak buahnya terus dipalit kekecewaan.

Dengan pelbagai isu di dalam dan luar padang menghimpit skuad kebangsaan menjelang aksi Causeway Challenge di Stadium Nasional, Singapura itu, Kim Swee mengharapkan skuad yang dibarisi beberapa muka baru dapat bangkit mencipta sesuatu.

“Sudah pasti kemenangan penting. Kami ada lagi dua perlawanan persahabatan selepas ini (menentang Afghanistan dan Papua New Guinea) sebelum Piala AFF, sudah pasti kami mahu moral pasukan dalam tahap terbaik sebelum Piala AFF.

“Banyak kritikan diterima selepas perlawanan dengan Indonesia, pemain tahu tanggungjawab masing-masing dan diharap esok kami akan bermain lebih baik seperti menentang Timor Leste sebelum ini (play off Kelayakan Piala Asia 2019),” katanya dalam sidang media pra perlawanan semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 7 Oktober 2016 @ 6:28 AM