FOTO Rudy Imran Shamsudin
FOTO Rudy Imran Shamsudin
Rudy Imran Shamsudin


DRAMATIS dan bintang realiti Akademi Fantasia musim keenam (AF6), Lutfyah Sheikh Omar atau Lufya sah bergelar isteri jejaka pilihan hatinya, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharum.

Pasangan pengantin selamat dinikahkan di Kuala Lumpur, tepat 8.35 malam tadi.

Mempelai dinikahkan bapa pengantin perempuan, Sheikh Omar Sheikh Abdullah bersaksikan Pendaftar Perkahwinan, Perceraian dan Rujuk, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Hazman Hashim.

Majlis berlangsung meriah dengan dihadiri ahli keluarga dan teman rapat termasuk rakan artis di Laman Cinta Nirwana, Ampang.

Lufya, 31, yang kini sedang hangat dengan drama Umairah di TV3 menerima mas kahwin RM2,000 daripada suaminya.

Sementara itu jumlah wang hantaran dirahsiakan atas kehendak Lufya dan suami.

Pada majlis itu Lufya menyerahkan sembilan dulang hantaran berbalas tujuh daripada pengantin lelaki, berupa sirih junjung, cincin dan barangan kelengkapan sepersalinan.

Lufya dan suami juga seorang doktor perubatan, berkenalan selama setahun dan bertunang Ramadan lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 26 November 2016 @ 8:54 PM