Muhammad Saufi Hassan

Ekosistem peranti terbaik dengan penawaran pengalaman kepenggunaan yang sangat berbeza.

Bagi pempengaruh, Iman Azman melihat bahawa pembukaan kedai fizikal Apple pertama di negara ini di 'The TRX Exchange' mampu memberikan nilai tambah kepada pengguna.

Iman berkata, pengenalannya dengan ekosistem Apple bermula dengan MacBook berwarna putih yang ikonik dihadiahkan oleh ahli keluarganya.

"Sebagai pempengaruh, penting untuk memiliki peranti yang mampu melaksanakan tugasan dengan begitu baik tidak mengira masa atau tempat.

"Menyentuh peranti pertama berkenaan, saya benar-benar tertarik dengan kekunci putih lembut, logo Apple yang diterangi cahaya dan bagaimana ia menonjol dalam pengguna sistem operasi lain.

"Seterusnya, saya memiliki peranti iPhone 3GS apabila berpindah ke Kanada pada tahun 2009, di mana dia menavigasi melalui pilihan pembekal telefon yang terhad untuk mendapatkan peranti yang diidamkannya," katanya.

Dia sangat 'dekat' dengan peranti iPad kerana ia perkakas Utama baginya untuk melakukan semua aktiviti di rumah dengan mudah dan selesa.

Iman berkata, kewujudan kedai fizikal untuk jenama berkenaan di negara ini sangat penting kerana ia mampu memberikan pendedahan kepada pengguna berhubung potensi sebenar peranti.

Pada masa sama, Iman turut diberikan kesempatan untuk membincangkan kepenggunaan iPad dengan pengguna dan berkongsi pengalamannya menjadikan perkakas itu sebagai 'rutin harian' untuknya.

"Pembukaan Kedai Apple pertama di Malaysia di TRX menjanjikan acara penting, bukan sahaja untuk peminat teknologi tetapi untuk semua rakyat Malaysia yang tidak sabar untuk menerima visi teknologi Apple yang disepadukan dengan lancar ke dalam kehidupan seharian," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 6:15 PM