Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah.
Alif Teega dan isterinya, Aisyah Hijanah.

Kuala Lumpur : Pempengaruh Islamik, Alif Teega, 30, memohon agar masyarakat tidak menerima bulat-bulat dengan mudah apa yang dikongsi atau didedahkan oleh individu tertentu di media sosial sebelum menyelidik dan mendapatkan penjelasan sebenar daripada pihak terbabit.

Alif atau nama sebenarnya, Mohd Hazalif Mohd Hazani berkata, kita harus menjadi bijak dalam membuat penilaian dan tidak boleh menerima saja apa yang sudah dikongsikan itu tanpa mengetahui ia adalah daripada sumber cerita yang benar.

Menerusi perkongsian video dimuatnaik Alif di Instagram, dia memberitahu ada menerima satu video berkaitan dengan satu rakaman suara 'podcast' berkaitan 'sisi gelap' Badan Bukan Kerajaan (NGO).

"Ada orang hantar satu video ini berkaitan dengan satu rakaman suara 'podcast' berkaitan 'sisi gelap' NGO. Bila saya pergi periksa, Haze (Hazeman Huzir) pun dah 'react' video itu dan dah beri jawapan pun.

"Dari sini, kita boleh nampak yang 'source' (sumber) yang diambil yang dijadikan sebagai bukti itu sebenarnya tidak tepat pun," katanya menyarankan agar menyelidik dulu cerita disebarkan, termasuk daripada pihak yang didakwa.

Alif berkata, kita juga tidak boleh buat sesuatu penilaian hanya berdasarkan andaian saja dan itu disifatkan tidak adil dan bukan cara yang betul, begitu juga secara spekulasi melalui kehidupan mewah dilihat yang ditunjukkan seseorang itu.

"Tak boleh macam itu, sebab bila tak kaji betul-betul tengok 'dia' baru 'delete' (padam) video itu. Kalau dia nak londehkan benda tidak betul, buatlah. Tiba-tiba kejap lagi dia 'post' aku minum araklah, jangan terus terima bulat-bulat.

"Kepada pengikut dan sahabat- sahabat Alif, kalau kena pada adik-beradik kita macam mana? Apa-apa hal, muhasabah," katanya memberitahu sekurang-kurangnya dia tidak sembunyi di belakang papan kekunci, namun menghadapi dengan berani tanpa mengajak manusia membenci.

Baru-baru ini, Alif dan isterinya juga usahawan serta pempengaruh Islamik, Aisyah Hijanah, 28, berhadapan dakwaan dikaitkan dengan isu penyelewengan wang kutipan derma yang dilakukan mereka demi untuk kepentingan peribadi.

Menganggap ia fitnah yang dibuat pihak tertentu tanpa usul periksa, Alif berkata, dia juga tidak jika kisah orang ramai memburukkan dirinya, namun dia tampil menjelaskan kerana mahu melindungi keluarganya yang diganggu sehingga ke rumah.

Pada hantaran lain yang dimuatnaik di Instagram sebelum ini, Alif juga menegaskan mengenai dakwaan mengaitkan namanya dan Aisyah terbabit dengan komisyen 20 peratus diterima daripada sumbangan derma itu adalah tidak benar, berikutan wang diperoleh akan terus dimanfaat dengan sebaiknya kepada penerima memerlukan.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 Julai 2024 @ 5:19 PM