LUFYA sedih apabila membaca komen yang mengundang banyak fitnah terhadap suami. FOTO Arkib NSTP
LUFYA sedih apabila membaca komen yang mengundang banyak fitnah terhadap suami. FOTO Arkib NSTP
Sudirman Mohd Tahir


“HATI wanita ni jika dijaga, dibaja dan disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletup tak tentu pasal,” kata penyanyi dan pelakon, Lufya Omar mengenai situasi rumah tangga dengan suami, Dr Che Muhammad Hafiz Che Baharom.

Lufya berkata, tekanan dilalui sekarang sudah melampaui kemampuan dirinya.

Malah, Lufya, 34, atau nama sebenarnya Lutfyah Sheikh Omar terpaksa memadam status dimuat naik semalam selepas menerima pelbagai komen negatif warganet.

“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang anda semua kepada saya. Tekanan yang saya rasakan melampaui kemampuan untuk menyimpan perkara ini sendiri.

“Saya bertambah sedih apabila membaca komen yang mengundang banyak fitnah terhadap suami. Saya padam ‘hantaran’ semalam untuk ketenteraman semua pihak,” katanya.

Menerusi status dimuat naik, Lufya berkata jangan sia-siakan wanita.

“Tolong fahami kami, sirami kami dengan kasih sayang. Kenapa susah sangat nak buat? Adakah saya tak layak untuk mendapatkan cinta?

“Saya sayangkan keluarga, tapi saya perlukan kegembiraan untuk membesarkan anak dengan nilai yang baik.

“Saya mahu anak gembira sama. Saya hanya manusia biasa dan bukannya malaikat,” katanya.

Lufya dan suami berkahwin pada 28 November 2016 dan dikurniakan anak perempuan, Laana Haura yang kini berusia dua tahun.

Berita berkaitan

Sukarnya nak jadi isteri solehah

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 September 2019 @ 9:41 PM