FOTO Reuters
FOTO Reuters


Tehran: Sekurang-sekurangnya 31 terbunuh manakala 60 lagi cedera dalam nahas kereta api, lapor media Iran, hari ini.

Stesen TV melaporkan, nahas berlaku apabila kereta api yang sedang bergerak merempuh kereta api yang berhenti berhampiran stesen, kira-kira 250 kilometer timur Tehran.

Laporan mendakwa, empat daripada lapan yang terbunuh di lokasi nahas adalah pekerja kereta api yang berada dalam kedua-dua kereta api itu.

TV itu juga melaporkan empat gerabak tergelincir dan terbakar. Stesen TV berkenaan juga menunjukkan rakaman pasukan penyelamat bekerja di tepi gerabak yang terbakar.

Kesemua mangsa dibawa ke hospital berdekatan.

Gabenor Mohammad Reza Khabbaz memberitahu stesen TV bahawa punca nahas masih dalam siasatan berikutan kereta api yang berhenti itu bukan dalam kawasan stesen tetapi di landasan utama.

Ketua Palang Merah Iran, Ali Asghar Ahmadi, pula memberitahu angka kematian mungin meningkat.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 25 November 2016 @ 7:16 PM