PESAWAT Ukraine International di Duesseldorf, barat Jerman. FOTO Arkib AFP
PESAWAT Ukraine International di Duesseldorf, barat Jerman. FOTO Arkib AFP
Reuters

Tehran: Sekurang-kurangnya 170 orang maut selepas pesawat Ukraine International Airlines terhempas ketika berlepas dari Lapangan terbang Antarabangsa Imam Khomeini di sini.

Stesen televisyen tempatan Iran melaporkan nahas berhampiran dengan dengan lapangan itu disebabkan masalah teknikal dan terbakar.

Ketua perkhidmatan kecemasan Iran memberitahu stesen berkenaan bahawa usaha menyelamat tidak dapat dilakukan kerana api marak.

“Api sangat besar dan kita tidak boleh melakukan sebarang usaha menyelamat... kita sudah menghantar 22 ambulans, empat bas dan helikopter ke lokasi,” katanya.

Sementara itu, jurucakap pihak berkuasa penerbangan Iran memberitahu stesen televisyen berkenaan bahawa seramai 170 orang penumpang di dalam pesawat berkenaan.

Berdasarkan penjejak penerbangan FlightRadar24, pesawat itu adalah PS 752 dan dalam perjalanan ke Kiev.

Sebelum ini, agensi berita IRNA melaporkan bahawa pesawat membawa 180 penumpang dan anak kapal.

Sementara itu, Boeing dalam kenyataan berkata, pihaknya masih mengumpul maklumat berhubung kejadian itu.

Berita berkaitan:

  • Pesawat Ukraine terhempas di Iran

  • Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 January 2020 @ 1:28 PM