ANTARA mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Ukraine.
ANTARA mangsa yang terkorban dalam nahas pesawat Ukraine.
Reuters

Tehran: Pesawat Ukraine yang terhempas dan mengorbankan 176 kru dan penumpang di sini, dikatakan terlebih dahulu terbakar di udara.

Ia berdasarkan laporan awal oleh pasukan penyiasat Iran.

Laporan itu menyebut, ada saksi mendakwa bahawa pesawat itu sudah terbakar ketika di udara, sebelum ia terhempas.

Pesawat Boeing 737-800 itu dikatakan kali terakhir diselenggara pada 6 Januari lalu.

Nahas dipercayai berpunca daripada masalah teknikal.

Bagaimanapun, ia tidak diperincikan di dalam laporan awal berkenaan.

Pesawat Ukrainian International Airlines itu dalam perjalanan ke Kiev.

Dalam kejadian semalam, pesawat itu dikatakan terhempas selepas berlepas dari Antarabangsa Imam Khomeini di Tehran.

Sementara itu, Ukraine tidak menolak pelbagai kemungkinan yang menyebabkan insiden berkenaan.

Bagaimanapun, Presidennya, Volodymyr Zelenskiy meminta semua pihak tidak membuat sebarang spekulasi.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 January 2020 @ 2:45 PM