PEMBACA yang hadir tidak kekok berinteraksi dan bertanya soalan kepada Hakym bagi menambah pengetahuan terutama dalam proses menghasilkan lakaran bandar.
PEMBACA yang hadir tidak kekok berinteraksi dan bertanya soalan kepada Hakym bagi menambah pengetahuan terutama dalam proses menghasilkan lakaran bandar.
HAKYM (kanan) menunjukkan koleksi lakaran pelabagi saiz yang dihasilkan menggunakan berbeza medium dan alatan.
HAKYM (kanan) menunjukkan koleksi lakaran pelabagi saiz yang dihasilkan menggunakan berbeza medium dan alatan.
HAKYM menunjukkan sebahagian koleksi lakaran yang dibawa ketika sesi perkongsian Beanie Talk yang berlangung di Starbucks Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
HAKYM menunjukkan sebahagian koleksi lakaran yang dibawa ketika sesi perkongsian Beanie Talk yang berlangung di Starbucks Batu Ferringhi, Pulau Pinang pada Sabtu lalu.
Nor Hanisah Kamaruzaman

Hujung minggu lalu, Gen Y dengan kolaborasi Starbucks sekali lagi lepak, sembang dan minum bersama pembaca Gen Y dan seorang ikon bagi berkongsi pengalaman untuk manfaat bersama.

Aktiviti santai bertemakan kesenian itu diadakan di Starbucks Batu Feringgi, Pulau Pinang adalah sesi perkongsian daripada Pengasas KL Sketchnation, Ahmad Hakym Ahmad Hilmy, 26, bersama lebih 40 pembaca.

Sesi berlangsung selama dua jam itu tidak hanya tertumpu pengalaman Hakym dan informasi berkaitan KL Sketchnation saja, tapi banyak dikongsi dan peserta saling berkongsi pendapat.

Malah, Hakym turut berkongsi tip ringkas dan mudah bagi mendorong serta menggalakkan semua generasi muda untuk menghasilkan ‘sketching’.

Aktiviti yang digelar ‘urban sketching’ atau lakaran bandar adalah aktiviti melukis atau membuat lakaran secara langsung di lokasi seperti bandar raya, pekan atau kampung berdekatan dengan tempat tinggal atau yang dikunjungi.

Bagi Hakym pula, kemahiran melukis seharusnya perlu selari dengan kemahiran asas lain seperti membaca, menulis dan mengira.

“Pada saya, melukis adalah kemahiran asas yang mampu dikuasai semua orang. Ketika pertama kali kita menggunakan pensel dan menghasilkan bentuk huruf di atas kertas adakah kita menulis atau sebenarnya secara tidak langsung sedang melukis,” katanya.

Katanya lagi, kemahiran melukis juga perlu diperkembangkan kerana ia bukan saja satu aktiviti sihat dan berfaedah untuk golongan muda malah turut meningkat kemahiran sosial individu.

Sama seperti karya penulisan, ‘sketching’ lebih tertumpu kepada proses merekod perkara dan peristiwa yang sedang berlaku pada waktu ia dilakarkan namun diterjemahkan dalam bentuk lukisan.

Berbeza dengan seni halus atau hasil karya lukisan realisme, lakaran bandar dihasilkan dengan cepat, padat dan ringkas membuatkan ia mudah disiapkan.

TIP RINGKAS UNTUK MULA ‘SKETCH’

1. Tidak kira apa bidang yang anda kuasai, anggap ‘sketching’ sebagai hobi dan jangan terlalu serius memikirkan hasil lakaran anda.

2. Pilih subjek yang anda suka dan tumpu kepada subjek itu atau selitkan perkara yang anda minat bagi menjadikan aktiviti itu lebih menyeronokkan.

3. Jangan terlalu serius memilih bahan dan alatan menghasilkan lakaran kerana pen dan kertas yang ada di dalam beg juga sudah mencukupi.

4. Pastikan mata bergerak selari dengan pergerakan mata apabila melukis dan jangan atau kurangkan melihat pada lakaran anda ketika proses melakar.

5. Tentukan ciri atau sifat asas dan paling menonjol dalam subjek yang anda pilih dan jangan terlalu fikirkan hasil akhir lakaran anda kerana apa yang penting apa yang anda berjaya rekodkan bukan kesempurnaan.

6. Tetapkan had masa bagi membantu anda untuk memilih ciri dan sifat yang menonjol bagi subjek atau landskap yang anda lakarkan ia juga membantu sekiranya anda melakarkan persembahan yang berlangsung dalam masa singkat.

PROFIL:

Nama: Ahmad Hakym Ahmad Hilmy

Umur: 26 tahun

Pendidikan: Sarjana Seni Bina (Master of Architecture) dari University of Manchester, UK

INFO:

Facebook: KL Sketchnation

Instagram: @klsketchnation

Web: www.klsketchnation.com

- BEANIE TALK seterusnya bakal diadakan di Starbucks Danga Bay Johor Bahru pada 10 Disember 2016

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 23 November 2016 @ 1:03 PM