EVA dipenjara kerana memperjuangkan hak tanah rakyat.
EVA dipenjara kerana memperjuangkan hak tanah rakyat.

Jakarta: Presiden Jokowi mengumumkan pengampunan kepada aktivis tanah pertanian yang dipenjara kerana memperjuangkan hak rakyat.

Pengumuman berita baik untuk Eva Susanti Bande itu dibuat Jokowi sempena sambutan Hari Ibu Indonesia semalam.

Lebih penting, Jokowi menyatakan hasratnya supaya tiada lagi wanita aktivis dipenjara selepas ini kerana berusaha membela rakyat.

“Saya tahu, apa yang diperjuangkan Eva adalah hak-hak rakyat, berkaitan tanah, perkebunan.

“Saya fikir memang inilah isu yang harus kita perjuangkan,” katanya.

Turut hadir, Eva yang baru dibebaskan dari penjara pada 19 Disember lalu, serta keluarganya.

Eva adalah aktivis rakyat berasal dari Luwuk, Sulawesi Tengah.

Dia dipenjara kerana membantu masyarakat di kampungnya memperjuangkan hak mendapatkan semula ratusan hektar tanah pertanian yang yang dirampas syarikat ladang kelapa sawit. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 23 Disember 2014 @ 5:04 AM