Eva pada majlis perkahwinannya bersama Jason di London semalam. - Foto Pixel UK
Eva pada majlis perkahwinannya bersama Jason di London semalam. - Foto Pixel UK

Bekas doktor pasukan Liga Perdana Inggeris (EPL) Chelsea Eva Carneiro mengahwini rakannya, Jason De Carteret di London, semalam.

Eva dipecat secara memalukan sebelum ini mengemukakan saman terhadap Chelsea dan pengurus pasukan Jose Mourinho.

Dia kelihatan anggun mengenakan busana pengantin dengan ditemani bapanya.

Doktor fizik sukan berusia 42 tahun kelahiran Gibraltar itu begitu popular di kalangan peminat Chelsea.

Suaminya, De Carteret adalah seorang pengembara kutub, pakar motivasi dan perunding perniagaan.

Mourinho tidak dijemput selepas Eva bertelagah dengan pengurus dari Portugal itu tiga bulan lalu.

Lebih menarik tiada seorang pemain Blues kelihatan pada majlis kecuali bekas penjaga gol kelab itu, Mark Schwarzer, kini beraksi bersama Leicester City. - Daily Mail

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 November 2015 @ 5:24 PM