SOPHIA bersama Eva yang memilih England akan menang perlawanan separuh akhir bertemu Denmark, esok. FOTO Agensi
SOPHIA bersama Eva yang memilih England akan menang perlawanan separuh akhir bertemu Denmark, esok. FOTO Agensi
Agensi

London: Burung kakak tua 'psikik', Eva yang memiliki rekod meneka baik keputusan perlawanan Euro 2020, memilih England menewaskan Denmark di separuh akhir, esok.

The Three Lions menjaringkan empat gol mengatasi Ukraine di suku akhir lalu, untuk melangkah ke separuh akhir bertemu Denmark yang mengatasi Republik Czech.

Setakat ini, Eva tiga kali meneka dengan tepat. Burung betina berusia tujuh tahun berwarna biru dan emas itu sebelum ini meneka England akan menewaskan Jerman.

Selain itu, ia turut memilih Switzerland menewaskan Perancis.

Eva membuat pilihan itu dalam ujian bersama penjaganya di sangkar burung di Wicksteed Park di Kettering.

Tahun lalu, dia meneka dengan tepat England akan menang besar ke atas Ukraine, tetapi kejohanan ini ditangguhkan.

Pada perlawanan itu, kapten England, Harry Kane menjaringkan dua gol manakala pemain pertahanan, Harry Maguire dan pemain tengah, Jordan Henderson masing-masing menjaringkan satu gol.

Ujian terhadap Eva itu menyaksikan dia perlu memilih makanan burung di dalam mangkuk yang diletakkan di depan bendera pasukan bertanding.

Sekiranya Eva memilih untuk makan daripada mangkuk terbabit, ia menandakan pasukan itu dipilih untuk menang.

Penjaga Eva, Sophia Perkins berkata: "Eva dikenali sebagai burung pintar, tetapi kami tidak tahu bakatnya meneka keputusan bola sepak."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 6 Julai 2021 @ 11:42 PM