LEBIH 2,000 kru penerbangan wanita syarikat itu menyertai bantahan di luar ibu pejabat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. FOTO REUTERS
LEBIH 2,000 kru penerbangan wanita syarikat itu menyertai bantahan di luar ibu pejabat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan. FOTO REUTERS
Reuters

TAIPEI: Syarikat penerbangan Eva Airways terpaksa membatalkan kira-kira 550 lagi penerbangan yang dijadualkan pertengahan bulan ini selepas kru penerbangan melakukan mogok yang masuk hari ke-14 kerana gagal mencapai rundingan mengenai gaji.

Reuters melaporkan, mogok itu bermula pada 20 Jun selepas rundingan selama beberapa bulan gagal mencapai sebarang keputusan sekali gus menjejaskan 2,000 penerbangan serta 405,000 penumpang termasuk pembatalan terbaru itu.

Lebih 2,000 kru penerbangan wanita syarikat itu menyertai bantahan di luar ibu pejabat berhampiran Lapangan Terbang Antarabangsa Taoyuan.

Mogok paling lama dalam sejarah penerbangan Taiwan itu menyebabkan Eva mengalami kerugian kira-kira AS$56 juta (RM231 juta).

“Syarikat masih menangguhkan perkara itu. Kami menggesa mereka mengenepikan prejudis dan menandatangani perjanjian secepat mungkin,” kata pegawai media kesatuan pekerja selepas perbincangan selama 11 jam bersama

Eva Air terkenal dengan pesawat bertemakan Hello Kitty yang melakukan penerbangan ke pelbagai destinasi seluruh Asia termasuk Amerika Utara dan Eropah.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Julai 2019 @ 12:04 PM