Manila: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengucapkan tahniah kepada bakal Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan bersedia bekerjasama dengan bakal pemimpin itu untuk membaiki hubungan kedua-dua negara.

Hubungan Manila dengan Washington renggang selepas Duterte hampir setiap hari mengecam pentadbiran Presiden Barack Obama.

Setiausaha Komunikasi Presiden Filipina, Martin Andanar dalam satu kenyataan berkata, Duterte memuji sistem demokrasi AS dan kehidupan rakyat negara itu.

“Duterte tidak sabar bekerjasama dengan pentadbiran baru bagi membaiki hubungan Filipina-AS yang diasaskan dasar saling menghormati, faedah bersama dan berkongsi komitmen ke arah demokrasi serta undang-undang,” katanya. - Reuters

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 10 November 2016 @ 7:49 AM