Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Permaisuri Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat beberapa mangsa kebakaran yang menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail (HSI) di Tebrau hari ini.

Baginda meluangkan masa kira-kira sejam bersama mangsa termasuk yang mendapatkan rawatan di wad kebakaran, pergantungan tinggi (HDW) dan Unit Rawatan Rapi (ICU).

Mangsa terdiri daripada kakitangan dan pesakit yang diselamatkan dalam kebakaran di tingkat dua wad ICU Selatan di blok bangunan induk Hospital Sultanah Aminah (HSA), semalam.

Baginda ditemani oleh Che' Puan Khaleeda Bustaman.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Dr Rooshaimi Merican; Pengarah HSI, Dr Arbain Lani dan isteri Menteri Besar Johor, Datin Rosni Omar.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 11:57 AM
PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat antara mangsa kebakaran. FOTO Mary Victoria Dass
PERMAISURI Johor, Raja Zarith Sofiah Sultan Idris Shah berkenan melawat antara mangsa kebakaran. FOTO Mary Victoria Dass