SEBARAN berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
SEBARAN berita palsu oleh pihak tidak bertanggungjawab.
Mary Victoria Dass


Johor Bahru: Pengarah Jabatan Kesihatan Johor, Rooshaimi Merican A Rahim Merican menafikan berita kematian mangsa kebakaran yang merupakan jururawat Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang viral di media sosial.

Beliau berkata, Nurul Ain Zulkurnain dalam keadaan stabil dan masih menjalani rawatan Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sultan Ismail (HSI).

Menurutnya, manakala dua lagi jururawat juga stabil dan masih mendapatkan rawatan di HSI.

Katanya, pihaknya menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan berita palsu berkaitan kejadian dan keadaan mangsa.

"Berita palsu berkenaan boleh menimbulkan tekanan terhadap ahli keluarga dan mangsa.

"Ketiga-tiga jururawat yang dimasukkan ke hospital ini dalam keadaan stabil," katanya pada sidang media di HSI, hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 12:56 PM