BANTUAN makanan yang tidak putus-putus tiba. FOTO Mohd Sabran Md Sani
BANTUAN makanan yang tidak putus-putus tiba. FOTO Mohd Sabran Md Sani
KEADAAN HSA ketika ditinjau pagi ini. FOTO Mohd Sabran Md Sani
KEADAAN HSA ketika ditinjau pagi ini. FOTO Mohd Sabran Md Sani
Mohd Sabran Md Sani


Johor Bahru: Operasi harian Hospital Sultanah Aminah (HSA) yang terjejas akibat kebakaran dalam kejadian di wad unit rawatan rapi (ICU) pagi semalam, berjalan seperti biasa pagi ini.

Tinjauan Harian Metro mendapati, keadaan terkawal malah beberapa agensi penguatkuasa dilihat membantu melancarkan operasi harian termasuk proses pengagihan makanan sumbangan orang ramai.

Bantuan makanan dan minuman juga tidak putus-putus tiba dan pengagihannya diselaraskan Penyelaras Sukarelawan Darul Ta'zim, Tunaim Satiman di perkarangan Jasmin di sini.

Pada masa sama Pasaraya Econsave Skudai menyalurkan bantuan lampin pakai buang yang diperlukan pihak hospital disampaikan oleh Pengurus Cawangannya, Azian Mohd Yusof.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 26 Oktober 2016 @ 11:33 AM