Crutchlow di atas podium rai kemenangan. FOTO AGENSI
Crutchlow di atas podium rai kemenangan. FOTO AGENSI
Agensi

Phillip Island: Cal Crutchlow memanfaatkan kesilapan juara dunia baru ditabalkan Marc Marquez untuk memenangi perlumbaan MotoGP Australia hari ini.

Ia kemenangan kedua dalam karie buat pelumba motosikal Britain itu yang akan meraikan hari jadi ke-31 minggu depan.

Dia beraksi pada penampilan ke 103 dalam MotoGP, memanfaatkan kesempatan terbaik selepas Marquez membuat kesilapan dan terbabas keluar ke atas gravel pada pusingan ke-10 ketika sedang mendahului perlumbaan.

Crutchlow memacu motosikal LCR Honda untuk mengatasi jaguh Itali Valentino Rossi (Movistar Yamaha) dengan kelebihan 4.218s sementara Maverick Vinales dari Sepanyol pada kedudukan ketiga dengan jentera Suzuki Ecstar.

"Ia kesilapan saya. Saya waspada sepanjang musim pada laluan membrek tetapi kali ini saya mengambil risiko. Ia tiada mengena dengan tayar Michelin," kata Marquez juara dunia tiga kali.

Ia kejayaan kedua Crutchlow dalam kategori utama mengatasi Rossi dan Marquez musim ini selepas GP Czech pada Ogos lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 23 Oktober 2016 @ 5:50 PM