PELUMBA Ducati, Andrea Dovizioso. FOTO EPA
PELUMBA Ducati, Andrea Dovizioso. FOTO EPA
Agensi

BRNO, Republik Czech: Andrea Dovizioso menyambar petak pertama di Brno dengan penuh gaya bagi mengatasi Valentino Rossi dan Marc Marquez sekali gus bakal menghangatkan lagi perlumbaan Grand Prix (GP) Republik Czech, esok.

Pelumba Ducati itu mencatat masa 1 minit 54.689 saat untuk mengatasi pelumba Movistar Yamaha, Rossi dan juga Marquez yang mewakili Repsol Honda.

Ia adalah petak pertama Dovizioso dalam kelas perdana MotoGP sejak kali terakhir di GP Malaysia 2016. 

Pelumba Itali itu kini ketinggalan 77 mata di belakang pendahulu, Marquez.

Dengan Rossi dan Marquez melengkapkan barisan depan yang dilihat begitu kompetitif, rakan sepasukan Dovizioso, Jorge Lorenzo pula hanya ketinggalan 0.017s di tangga keempat dan berada di depan Cal Crutchlow (LCR Honda).

Crutchlow pernah melakar kemenangan di litar berkenaan pada tahun 2016 sekali gus menjadikan trek berkenaan sebagai antara diminatinya.

Pelumba Pramac Ducati, Danilo Petrucci melengkapkan barisan kedua perlumbaan di petak keenam dengan catatan, 1'55.203s.

Johann Zarco dari Monster Yamaha Tech3 pula mengepalai barisan ketiga perlumbaan dengan catatan 1'55.221s.

Menemaninya adalah dua pelumba Team SUZUKI ECSTAR, Andrea Iannone dan Alex Rins.

 

KEPUTUSAN SESI KELAYAKAN MOTOGP

1. Andrea Dovizioso (ITA/Ducati) 1'54.689s

2. Valentino Rossi (ITA/Movistar Yamaha MotoGP) 1'54.956s

3. Marc Marquez (SPA/Repsol Honda) 1'54.961s

4. Jorge Lorenzo (SPA/Ducati)

5. Cal Crutchlow (GBR/LCR Honca Castrol) 1'55.055s...

16. Hafizh Syahrin Abdullah (MAL/Monster Yamaha Tech3) 1'56.285s

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 4 Ogos 2018 @ 10:30 PM