PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez. FOTO Reuters
PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez. FOTO Reuters
Sukhairi Thani

 

PELUMBA Repsol Honda, Marc Marquez meraih kemenangan keempatnya dalam lapan pusingan musim ini apabila mengungguli perlumbaan Grand Prix (GP) Belanda sebentar tadi manakala wakil negara di kelas perdana, Hafizh Syahrin Abdullah menemui garisan penamat di kedudukan ke-18.

Bermula dari petak pertama, Marquez yang juga juara dunia empat kali menamatkan 26 pusingan perlumbaan dengan catatan terpantas 41 minit 13.863 saat.

Pelumba Monster Yamaha Tech3, Hafizh pula tidak berjaya memungut sebarang mata di Sirkit TT Assen, melengkapkan saingan dengan catatan 41'47.687s dan kekal berada di tangga kedua dalam carta muka baharu terbaik kelas perdana itu di belakang Franco Morbidelli.

Morbidelli (EG 0,0 Marc VDS) yang mendahului dua mata daripada Hafizh tidak menyertai perlumbaan selepas mengalami kecederaan di bahagian tangan kiri ketika sesi latihan bebas ketiga, semalam.

Menyertai Marquez di pentas podium ialah Alex Rins daripada pasukan Team SUZUKI ECSTAR yang ketinggalan 2.269s di belakang rakan senegaranya dari Sepanyol itu manakala Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) ketiga, 41'16.171s.

Marquez yang meraih kemenangan ketiga berturut-turut bermula di GP Amerika Syarikat sehingga GP Perancis kini berada di puncak carta MotoGP dengan 115 mata.

Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) yang menamatkan perlumbaan di tangga kelima ketinggalan 27 mata di tangga kedua carta manakala rakan sepasukannya, Vinales ketiga, 77 mata.

Pusingan kesembilan musim selepas ini dijadual berlangsung di litar Sachsenring, Jerman pada 15 Julai ini.

 

KEPUTUSAN GP BELANDA

MotoGP

1. Marc Marquez (Repsol Honda Team) 41'13.863s

2. Alex Rins (Team SUZUKI ECSTAR) 41'16.132

3. Maverick Vinales (Movistar Yamaha MotoGP) 41'16.171s

4. Andrea Dovizioso (Ducati Team) 41'16.285s

5. Valentino Rossi (Movistar Yamaha MotoGP) 41'16.826s

... 18. Hafizh Syahrin Abdullah (Monster Yamaha Tech3) 41'47.687s

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Julai 2018 @ 10:58 PM