Oleh Dr Abdul Salam Muhammad Shukri

Saya menghadapi kemusykilan mengenai akikah. Setahu saya, ia sangat dituntut dalam Islam. Bolehkah seorang ibu melakukan akikah anaknya apabila bapanya tiada?

Keliru

Selangor

Hukum mengadakan akikah adalah sunat bagi orang yang selayaknya menanggung belanja nafkah kanak-kanak terbabit.

Dalam kes ini anda sebagai ibu dan penjaga boleh melakukan akikah untuknya.

Perlu diingat bahawa hukum akikah adalah sunat muakkad (iaitu sunat yang amat dituntut untuk dilakukan) kepada penjaga atau ibu bapa yang menerima kelahiran zuriat.

Ia sunat dilakukan pada hari ketujuh sempena hari bercukur dan memberi nama kepada anak itu.

Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya: "Setiap anak yang lahir itu terpelihara dengan akikahnya yang disembelih untuknya pada hari ketujuh (dari hari kelahirannya), dicukur dan diberikan nama." (Riwayat Abu Dawud, Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sekiranya akikah tidak dapat dilakukan pada hari ketujuh, Islam membenarkan akikah dibuat pada waktu sebelum anak mencapai umur baligh.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Disember 2014 @ 5:05 AM