KERAJAAN Tanzania membina pusat itu untuk melindungi albino yang melarikan diri daripada kekejaman.
KERAJAAN Tanzania membina pusat itu untuk melindungi albino yang melarikan diri daripada kekejaman.
PAKAR kulit mengukur ketumbuhan pada kulit seorang wanita untuk memantau tindak balasnya terhadap rawatan diberi.
PAKAR kulit mengukur ketumbuhan pada kulit seorang wanita untuk memantau tindak balasnya terhadap rawatan diberi.
SEORANG kakitangan menocang rambut seorang wanita albino di kawasan redup untuk mengelak tindak balas terhadap cahaya matahari.
SEORANG kakitangan menocang rambut seorang wanita albino di kawasan redup untuk mengelak tindak balas terhadap cahaya matahari.
WANITA yang melarikan diri ke pusat itu bersana anaknya yang albino turut menjaga kanak-kanak lain yang ditinggalkan keluarga mereka.
WANITA yang melarikan diri ke pusat itu bersana anaknya yang albino turut menjaga kanak-kanak lain yang ditinggalkan keluarga mereka.
DAUDI Mavura, pengarah Pusat Latihan Dermatologi Serantau meletakkan ubat pada tengkuk pesakitnya yang berusia 18 tahun.
DAUDI Mavura, pengarah Pusat Latihan Dermatologi Serantau meletakkan ubat pada tengkuk pesakitnya yang berusia 18 tahun.
SEKUMPULAN kanak-kanak bermain selepas pulang dari sekolah di pusat itu.
SEKUMPULAN kanak-kanak bermain selepas pulang dari sekolah di pusat itu.
SEORANG kanak-kanak cuba mengambil air untuk diisi di dalam bekasnya.
SEORANG kanak-kanak cuba mengambil air untuk diisi di dalam bekasnya.
Agensi

Ini adalah tempat perlindungan untuk golongan albino yang berdepan ancaman berterusan daripada pemburu manusia yang mahu menjual bahagian badan mereka kepada bomoh.

Kekejaman terhadap golongan ini semakin meluas disebabkan kepercayaan anggota badan mereka mempunyai kuasa ajaib, namun lebih sedih lagi apabila mereka turut dipulaukan golongan yang percaya mereka terkena sumpahan dan membawa sial.

Di sesetengah tempat pula, golongan ini dibunuh sebaik dilahirkan sebagai korban, malah ada juga dirogol kerana kepercayaan melakukan seks dengan albino mampu menyembuhkan penyakit AIDS.

Ramai yang memilih melarikan diri tetapi ada juga yang ditinggalkan keluarga yang malu dan tidak tahan menanggung penganiayaan kerana mempunyai anak ‘putih.’

Wartawan foto Ana Palacios, 43, melawat Pusat Perlindungan Kabanga di Tanzania tiga kali antara 2012 dan 2016 untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai golongan itu.

Pertubuhan Albinisme Tanzania menganggarkan 8,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak albino, tetapi menjangkakan sebenarnya jauh lebih ramai jumlah itu ada di Tanzania yang masih belum dikesan.

Kebanyakan mereka yang datang ke pusat itu melarikan diri dari kampung halaman kerana bimbang dibunuh, namun ada juga yang ditinggalkan keluarga yang malu dengan keadaan mereka.

“Ada keluarga merasakan golongan ‘putih’ ini memalukan mereka, menyebabkan mereka tidak diberikan penjagaan, makanan dan didikan. Malah, ada juga yang membunuh mereka sebaik dilahirkan, atau dijadikan korban untuk upacara ritual.

“Sukar untuk mereka mencari teman hidup, kerana keadaan yang menakutkan orang lain,” kata Ana.

Ana berharap imej yang dirakamnya membuka mata manusia mengenai kekejaman dihadapi golongan itu. Dia juga percaya kepercayaan karut hanya akan berubah apabila kempen kesedaran tersebar dalam kalangan mereka yang bukan albinisme.

Golongan albino sangat mudah terkesan jika terdedah kepada sinar UV dan tanpa perlindungan yang mencukupi daripada matahari, mereka berkemungkinan tinggi mendapat kanser kulit.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 9 Oktober 2016 @ 5:04 AM