fire isolated over black background
fire isolated over black background
AFP

Blantyre (Malawi): Orang ramai membakar tujuh lelaki hingga mati mendakwa mereka menyimpan tulang manusia untuk ilmu hitam di daerah Nsanje.

Menurut ketua suku kaum di daerah itu, Tengani, orang ramai mengesyaki selepas terdengar perbualan telefon seorang daripada tujuh lelaki itu yang kemudian mendapati membawa beg mengandungi tulang.

Mereka mengejar dan menahan lelaki itu bersama enam lagi lelaki. Lelaki itu kemudian mengakui tulang dalam beg berkenaan ialah tulang manusia lalu orang ramai menahan mereka sebelum membakar mangsa seorang demi seorang hingga mati di kawasan lapang.

Polis belum menahan sesiapa tetapi sudah mengambil tulang berkenaan untuk memastikan sama ada ia tulang manusia atau tidak.

Penduduk Albino yang kulitnya putih dan berambut perang atau kuning berikutan masalah genetik sering dibunuh di beberapa negara Afrika, termasuk Malawi, Mozambique dan Tanzania untuk mendapatkan anggota tubuhnya bagi pemujaan ilmu hitam.

Sekurang-kurangnya sembilan Albino sudah dibunuh di Malawi sejak Disember 2014 dan September lalu, seorang guru ditahan kerana cuba menjual murid perempuan Albino dengan harga AS$10,000.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 2 Mac 2016 @ 9:25 PM