ANTARA orang ramai yang hadir pada Program Bicara Ilmu Dua Tokoh Bersaudara. FOTO Syarafiq Abd Samad
ANTARA orang ramai yang hadir pada Program Bicara Ilmu Dua Tokoh Bersaudara. FOTO Syarafiq Abd Samad
USTAZ Kazim (kanan) bersama Datuk Ustaz Najmuddin pada Program Bicara Ilmu Dua Tokoh Bersaudara. FOTO Syarafiq Abd Samad

Mohd Hanafis Abdul Haris

Batu Pahat: Lebih 10,000 pengunjung membanjiri padang Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Batu Pahat bagi menyaksikan program Bicara Ilmu Dua Tokoh Bersaudara yang menampilkan penceramah terkemuka, Datuk Mohammad Kazim Elias bersama abangnya, Datuk Najmuddin Elias.

Hujan renyai sejak 7.30 malam tadi tidak menghalang pengunjung sekitar Batu Pahat untuk turun padang bagi sama-sama mendengar ceramah yang julung kalinya menggabungkan dua tokoh penceramah terbabit di Johor.

Difahamkan, ceramah berkenaan adalah kali ke-13 dilakukan Kazim atau lebih mesra dipanggil Ustaz Kazim selepas beliau berehat hampir tiga bulan berikutan masalah jantung.

Dalam ceramah yang bermula 9 malam tadi, Ustaz Kazim bersama abangnya banyak menekankan hal berkaitan keredaan ibu bapa dan persediaan umat Islam menempuh Ramadan.

Ustaz Kazim ketika ditemui berkata, dia terharu apabila dijemput Ahli Parlimen Parit Sulong, Datuk Noraini Ahmad untuk menjayakan program berkenaan terutama apabila berkongsi pentas bersama abangnya, Najmuddin.

"Alhamdulillah kesihatan jantung juga semakin baik untuk saya penuhi hasrat Datuk Noraini untuk menjayakan program di Batu Pahat," katanya.

Program dianjurkan Pusat Khidmat Parit Sulong turut mendapat kerjasama Persatuan Qudwah Hasanah dan Majlis Amanah Rakyat (MARA).

Objektif penganjuran program itu bagi menambah ilmu pengetahuan masyarakat berkaitan hal keagamaan khususnya dalam kalangan penduduk di parlimen Parit Sulong.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 12 Mei 2016 @ 11:55 PM