Raja Norain Hidayah Raja Abdul Aziz


Kuantan: PAS Pahang menyifatkan pemergian Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din sebagai kehilangan besar kerana beliau sering menjadi rujukan dalam pelbagai bidang.

Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri, Andansura Rabu berkata, kehilangan tokoh Islam itu bukan saja memberi kesan kepada parti tetapi dunia Islam secara keseluruhannya.

"PAS Pahang merakamkan ucapan takziah kepada keluarga Allahyarham, pemergiannya amat dirasai.

"Kita kehilangan individu yang yang sering menjadi tempat rujukan terutama kepada orang Islam malah Allahyarham juga adalah ulamak yang disegani di peringkat antarabangsa," katanya ketika dihubungi, di sini.

Pemimpin tertinggi PAS itu meninggal dunia di Hospital Stanford San Francisco, California jam 10.05 pagi tadi (waktu Malaysia) pada usia 76 tahun.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 16 September 2016 @ 2:16 PM