SIMPLE PLAN.
SIMPLE PLAN.
Georgie Joseph


Lebih 15 tahun dalam bidang muzik dan menerbitkan lima album studio, perjalanan band punk rock, Simple Plan cukup mengagumkan.

Entah kenapa, hingga saat ini kelompok peminat mereka terus kukuh dan tidak tenggelam biarpun dengan kehadiran banyak band baru.

Semangat yang tidak pudar mungkin faktor utama Simple Plan masih diterima secara luar biasa walaupun lagu baru mereka tidak mencetus fenomena sebagaimana awal era tahun 2000 dulu.

Biarpun bertahun lama bersama, tiada yang mampu menggugat keutuhan hubungan Pierre Bouvier (vokalis), Chuck Comeau (dram), Jeff Stinco (gitar utama), Sebastien Lefebvre (gitar) dan David Desrosiers (bass).

Mereka tetap bersatu dan tiada pertukaran anggota berlaku.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 September 2016 @ 7:39 AM