Jijoe bakal menerima insentif kerajaan negeri Terengganu. FOTO AGENSI
Jijoe bakal menerima insentif kerajaan negeri Terengganu. FOTO AGENSI
Oleh Malik Muhamad


Kuala Terengganu: Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman dijangka mengumumkan insentif kepada jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang yang memenangi pingat gangsa ketika Sukan Olimpik Rio sebaik beliau pulang daripada menunaikan ibadah haji.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia negeri Datuk Rozi Mamat berkata, kerajaan negeri sudah memikirkan insentif terbaik untuk pelumba kelahiran Dungun yang dikenali sebagai Jijoe itu.

Rozi yang Ahli Dewan Undangan Negeri Telemong turut membayangkan hadiah lumayan bakal diterima pelumba itu yanga akan diumum Menteri Besar sebaik beliau pulang daripada menunaikan ibadah haji nanti.

"Kerajaan tidak pernah meminggirkan pemenang pingat gangsa itu yang bukan hanya mengharumkan nama negara tetapi juga Terengganu.

“Justeru kerajaan akan memberikan insentif terbaik kepada Jijoe yang akan diumumkan dalam satu majlis yang belum diputuskan lagi tarikhnya.

"Selain Jijoe, atlet lain dari Terengganu yang turut menyertai Sukan Olimpik Rio itu juga akan diberi insentif sebagai menghargai jasa dan pengorbanan yang dilakukan tetapi jumlah insentif itu tidak sama dengan pemenang pingat gangsa itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 4 September 2016 @ 3:34 PM