BADMINTON, terjun sandaran utama negara cemerlang di Tokyo.
BADMINTON, terjun sandaran utama negara cemerlang di Tokyo.

Sepang: Badminton dan terjun dijangka terus menjadi sandaran utama kontinjen Malaysia meraih pingat di Sukan Olimpik Tokyo 2020.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, badminton akan menjadi sandaran terbesar di Tokyo, manakala terjun berpotensi tinggi meraih sekurang-kurangnya dua pingat berbanding Olimpik London dan Rio apabila hanya satu pingat diraih.

“Kita hanya perlu memantapkan mutu saingan dengan negara lain kerana bukan saja China, malah wakil Eropah serta negara Asia lain juga menunjukkan peningkatan dalam acara terjun.

“Saya sudah bercakap dengan ketua jurulatih, Yang Zhuliang kita akan melantik lebih ramai jurulatih dari China,” katanya dalam sidang media semalam.

Jelasnya, jumlah penerjun pelapis juga akan ditambah dengan dua pusat latihan berbeza di Beijing dan Kuala Lumpur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Ogos 2016 @ 7:39 AM