SEDUTAN video menunjukkan detik-detik remaja itu terjun dari Jambatan Xinjiang setinggi 25 meter.
SEDUTAN video menunjukkan detik-detik remaja itu terjun dari Jambatan Xinjiang setinggi 25 meter.
Agensi

Beijing: China terkenal kerana melahirkan ramai atlit terjun bertaraf dunia dan meraih banyak pingat emas menerusi sukan berkenaan di temasya Sukan Olimpik Rio di Brazil.

Bagaimanapun, seorang remaja lelaki berusia 17 tahun di Jiangxi membuktikan bukan semua rakyat negara itu dilahirkan sebagai penerjun.

Akibat demam Olimpik yang melanda seluruh dunia, remaja berkenaan turut tidak mahu terlepas menunjukkan ‘bakatnya’ dalam sukan terjun.

Dalam satu rakaman video yang disiarkan di Internet menunjukkan remaja itu memilih untuk terjun dari Jambatan Xinjiang setinggi 25 meter.

Jambatan itu dua kali ganda lebih tinggi daripada platform terjunan di Sukan Olimpik.

Dapatkan akhbar Harian Metro hari ini untuk berita lanjut

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 Ogos 2016 @ 7:56 AM